('♥') WELCOME ('♥')

Love Them !

Thursday, December 15, 2011

Assignment !!


Nampak kan gambar kat atas ny ? Okay , sekarang aku nak cerita pasal dia ny . Aihh ... Tadi aku buatlah assignment pasal dia ny [MARTIN LUTHER] . Perghk ! Punya lah susah nak mampos ! Hihi ... Sampai tertidur aku cari teori dia ny . Last2 , aku main amek je teori dia . Yang mana aku dapat , aku amek . Simple gyla assignment aku . MAAF MISS ! :) Tapi tulah hakikatnya . SIMPLE ! Miss aku cakap , dia ny 'pemes' . Tapi aku rasa tak pown .. Sebab aku baru dengar nama dia ny . Entah pape je lah . Nama best . MARTIN LUTHER ! Huhu . Oklah . Nak tidur dah . Dah pukul 4 pagi tak tidur2 lagi . Hihi . Nunite . Monink ! :D Lebiuuu lah <3


#SUMPAH NGANTOK AND PENAT GYLA ~~KBYE !

Wednesday, December 7, 2011

Telefon !!~~

  

Faham kan maksud gambar kat atas ny ? Ya ! Missed call . Tapi sekarang . bukan aku buat missed call kat dia . Aku call . Aku punya excited call dia . Aku call sebab nak tanya dia kat mana sekarang . Tu je . Bukan aku nak borak lama2 pown . Aku tahu lah kita dah takley nak contact bagai kan . Aku faham semua tu ! Dah jawab , tapi diam ! Lagi lah sakit hati aku ! Grrr ! Aku tatahu lah apa salah aku kan ? Memang lah aku sayang kau gyla babi ! Sayang kau sangat kak ! Tapi aku bukan nak ganggu kau ! Aku cuma nak tanya kau kat mana ! Tu je !!!!!! Susah sangat ke nak cakap ? Melaka or KL . Senang je . Kan ???? Eish ! Takpelah . Maybe akk tak tahu pape kan ? Takpe ...... Nanty tiba masanya , aku bagi lah barang tuu . Sedih lah kalau hari2 macam ny .. Takpelah , janji aku sayang kau ! Aku takkan pernah benci kau . Kbyee ..

#PKA TAHU , AKAK MESTI BACA KAN ? PKA MINTA MAAF SEBAB BAHASAKAN 'KAU' 'AKU' DALAM NY . SORRY SANGAT2 ! TAPI PKA TETAP SAYANG AKAK SANGAT2 !! :(

Monday, December 5, 2011

Sakit ~~

Hari ny aku tak pergi kelas . Sebab sakit . Alololo . Gedik jewp kan ? Siap nak sakit bagai . HAHA ...Sedih gak sebab tak dapat pergi kelas . Hurmm , takpelah . Nak buat macam mana kan . Sakit datang sendiri . 
Tetibe je pagy tadi ,aku SAKIT PERUT dan TAKDE SUARA .Ohh .. Seksanya . Tahu tak .. Suara aku ala2 macam DATO' SITI NURHALIZA yang takde suara harituu . HAHA . Kelakar wehh . Asyik kena bahan je ! Takpe ! Redha . HAHA .. Kbye ~~

Sunday, December 4, 2011

I Love You So Much Sis !



Okay ! Hari ny [ 05 DEC ] hari lahir akak saya yg kat dalam gambar ny !! Hihi ..Comel kan ? Dah tua dah akak ya ? Haha ! Gurau je . Apa apa pown , Pka sayang akak ketat2 ! Akak je akak Pka keyh ! Janji ! Takde akak lain selain akk n Akak kandung Pka ... Semoga akak sihat selalu , bahagia ,dapat anak comel2 macam akak dll :) Nanti jangan lupakan Pka tau ! Nanti Pka nanges .. HAHA ! GURAU .. Untunglah dah 25 tahun kan ? Pka belum 18 lagy .Sedih tauu . Jadi budak bawah umur pulak tuu . HAHA .Btw , Pka nak akak tahu yang Pka tak pernah lupakan akak ! Selalu ingat akak .. Hee . Gedik tak ? HAHA ... Rindu gyla woo dekat akak .Kenapa lah akak kawen tak tunggu Pka ? Tapi .. tapi ... Pka takde calon , [POYO] je kan ? HAHA ...Pka sayang akak tau ! Tau ! Tau ! <3 Hihihi .. Akak tapaya fikirlah Pka nanges setiap malam sebab akak . Perkara biase =) [perasan je aku ny .] HAHA .. Apa lagi nak cakap ny ek ? Tadi banyak benda nak sampaikan . Tapi tetibe hilang pulak ! Takpe2 .. Walaupun kita dah jarang contact , jumpa n blablabla ... Pka selalu ingat akak lahh . Susah nak bagi tahu macam mana . Huhu ..Kbye . Muahmuahmuah :*

Bowling

Time SPM

Dalam kete . HAHA

Kak Zura kawen

#SAYANG AKAK KETAT2,ERAT2,PADAT2 !! HEE =)

Friday, December 2, 2011

KUIZ KUIZ KUIZ !!

Fine ! Sekarang aku nak cerita pasal kuiz tadi . Kuiz apa ? BODOH lah ! Tu pown tatahu . Ishh . Hurmm ,kuiz MIZ MIRA tadi memang aku tak jawab langsung ! Sebab fikiran aku kat tempat lain ! HAHA . MAAF YA MIZZ =) SENYUM SIKIT ! TAMAO MARAH2 !! Hahaha ... Hmm , kepala otak aku blurr wehh ! Tu sebab lah aku tak jawab . Bukan suka2 tamao jawab tauu . Takpe ! Next quiz , aku jawab betul2 ! Pastu tadi MIZ MIRA suruh presentation dekat depan . Sumpah segan gyla shial ! Apabila si pemalu kena jadi cikgu dekat depan ! HAHA . APTB !!! Takpe . benda dah lepas . Legaaaa sudaa .. Pastu masa balik tadi ! HAHA Kelakar gyla . Balik dalam keadaan macam ny
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


HUJAN !!
Sampai rumah je , basah kuyup ! Selesema dan bagai lah . Bengong betul ! Aku dengan Mira , redah je hujan ny . Dahla bawak motor tak pakai helmet . Sumpah bangang gyla doe ! Suka sangat buat kerja gyla aku ny kan ? Lantak lah ! Kisah pulak aku ? HAHA . Oklah ,malas nak citer panjang2 . Penat ! HAHAHA . Kbye ! =)

# NAK TIDUR SEBENARNYA =)
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.


# KAU CAKAP AKU MEREPEK ? KISAH LAH PULAK AKU KANN ?! PUIHH !

Thursday, December 1, 2011

Kuiz


KUIZ

Okay ! Tadi aku ada kuiz . Kuiz kelas MIZ SHAMIRA & MIZ NADIA ..Best tu memang best .. Tapi ! Aku bengang sebab tak dapat jawab ! HAHA !! Kuiz BI relax je aku jawab . Senang kott =) Takde yang susah pown BI ny . MIZ SHAMIRA nyer kuiz aku blurr sikit . Hihihi . MAAF MIZ =) . Gurau je . Sebenarnya , aku gemuruh bila nak jawab kuiz tauu ! HAHA .. Tapi takpe ! Aku akan cuba yang terbaik !! Yeahhh !!! <3